Sunday, April 8, 2018

BN manifesto

https://www.msn.com/en-my/news/national/bn-manifesto-pm-datuk-seri-najib-razaks-full-speech/ar-AAvAV0l?ocid=spartanntp

a group of people posing for the camera: Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Razak during the launch of the coalition's manifesto for the upcoming 14th General Election. Pix by Osman Adnan

Ekonomi kita semakin baik dan kedudukan kewangan semakin kukuh, hasil kutipan GST pun bertambah, kerajan Barisan Nasional dapat berkongsi nikmat ini kepada rakyat.

satu lagi kategori baru BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan; golongan ini akan dapat BR1M berjumlah RM700 akan dibayar dua kali RM350 masing-masing pada bulan Jun dan Ogos 2018.
 satu kategori baru  bantuan sekali atau one-off sebanyak RM1,500 diberikan untuk anak-anak penerima BR1M yang berjaya berdaftar di pusat pengajian tinggi.

bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, pemberian BR1M pada bulan Jun dan Ogos 2018 yang masing-masing berjumlah RM300 akan digandakan kepada RM600.
Ini bermakna, jumlah keseluruhan pemberian BR1M pada tahun ini meningkat daripada RM900 kepada RM1,500.
Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, yang bujang ni...yang bujang dan mengaku bujang ni, maka BR1M pada mereka yang telah pun dibayar RM450 pada bulan Februari akan ditambah RM150 lagi bererti bahawa RM600 semua sekali daripada RM450.

 bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah pemberian BR1M pada bulan Jun dan Ogos 2018 yang masing-masing berjumlah RM400 akan digandakan kepada RM800.
Ini bermakna, jumlah keseluruhan pemberian BR1M pada tahun ini meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000.


No comments: