Sunday, September 30, 2018

PAU 2018: Lima parti teras dalam BN ‘baru’, kata Zahid




Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan rancangan penjenamaan semula Barisan Nasional (BN) dengan berkata bekas parti kerajaan itu ini terdiri daripada 5 parti politik teras, selain membenarkan keahlian langsung individu. Lima parti itu ialah Umno, MCA, MIC, MyPPP dan Parti Bersatu Rakyat Sabah. Beliau berkata, BN juga akan bekerjasama dengan parti politik lain yang mengongsi matlamat perjuangannya. Zahid berkata, BN baru juga akan meliputi parti politik yang mesra Umno, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli langsung yang tidak mahu menjadi ahli mana-mana parti politik.