Saturday, October 12, 2019

usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia

usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia

https://www.msn.com/en-my/news/berita/perpaduan-melayu-impikan-negara-berbilang-bangsa-yang-sejahtera/ar-AAIGGVN?ocid=spartanntp

Onn Jaafar with hat

usaha untuk menyatukan rakyat ini mesti diteruskan secara konsisten, ikhlas dan bersungguh-sungguh


perpaduan antara setiap kaumlah yang merupakan asas kejayaan, keamanan dan kestabilan tanah air tercinta ini

Yang mengimpikan sebuah negara berbilang bangsa yang bukan sahaja maju, tetapi juga aman lagi sejahtera.

Perpaduan umat Melayu dan Islam tanpa mengorbankan keharmonian antara kaum yang telah sekian lama terbina selama ini. Sehinggakan sebahagian orang bukan Melayu mula berasa terancam dan dipinggirkan.

Usaha Muafakat Nasional dan penganjuran Kongres Maruah Melayu. Tujuan utama pelaksanaannya, ialah kita mahu menyemai benih perpaduan dalam kalangan orang Melayu, tanpa sedikitpun berniat untuk meminggirkan kaum-kaum lain.

visi Dato’ Onn dalam menyatukan rakyat. Beliau sedar dan sanggup akui bahawa Malaysia tidak akan berjaya jika hanya bersandarkan kepada kekuatan Melayu semata-mata.

Pada tahun 1946 misalnya, datuk saya sendiri, Allahyarham Dato’ Onn Ja’afar telah mengadakan mesyuarat dengan lebih 40 pertubuhan Melayu bagi berbincang dan menyeru orang Melayu agar bersatu menentang Empayar British serta pembentukan Malayan Union.
Lebih bermakna, usaha beliau inilah, yang menyebabkan tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Tidak terhenti setakat itu, Dato’ Onn juga sanggup meletakkan jawatan dalam Umno pada tahun 1951, selepas cadangannya untuk membuka keahlian Umno kepada semua kaum ditentang oleh sebahagian besar ahli Umno pada ketika itu.

No comments: