Tuesday, August 9, 2011

Ahmad Shabery Cheek

source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Shabery_Cheek


Dato' Ahmad Shabery Cheek merupakan Menteri Penerangan Malaysia sekarang. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kemaman. Shabery dilahirkan di KijalKemamanTerengganu pada 10 Disember 1958. Beliau berkahwin dengan Sharifah Ismail pada 1983.


Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Lembing dan Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban. Setelah itu, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya pada 1983 dalam bidang ekonomi. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana dari bidang sains politik University of LeedsUnited Kingdom selain mempunyai Diploma Lanjutan dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Uppsala, Sweden. Beliau pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Universti Malaya.


Beliau pernah menceburi profesyen pendidikan apabila menjadi seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malayapada tahun 1990. Selain itu, beliau pernah menjadi fellow penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS).



No comments: