view:
http://www.kwongwah.com.my/news/2013/05/14/105.html
http://www.sinarharian.com.my/sultan-johor-henti-sebar-fitnah-hasutan-politik-1.160228
http://www.sinarharian.com.my/khaled-angkat-sumpah-mb-johor-1.160116
"Kerana pada mata saya, semua orang Johor adalah rakyat saya," titah baginda dan menambah, sebab itulah baginda telah mengarahkan supaya mesti ada wakil daripada masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco kerajaan negeri Johor.
Dua wakil masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco Johor adalah Datuk Tee Siew Kiong (Adun Pulai Sebatang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan dan R.Vidyanathan (Adun Kahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia.
Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor.
Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permas, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.
Turut sama mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor adalah sembilan Adun daripada Barisan Nasional (BN) bagi jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Menurut baginda, tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang adalah amat berat dan mencabar, dengan semua pihak mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan rakyat serta mengukuhkan kemajuan Johor.
Sultan Johor mengingatkan wakil rakyat yang telah dipilih supaya tidak melupakan janji-janji yang dibuat ketika kempen PRU13 lepas dan bertanggungjawab untuk menunaikan janji terbabit.
"Saya amat prihatin dan akan sentiasa mengambil berat tentang keadaan rakyat dan negeri saya.
Oleh yang demikian, bagi pihak rakyat saya mahu setiap janji yang dibuat mestilah ditunaikan," titah baginda.
Sultan Johor juga bertitah bahawa sebagai pemerintah yang menaungi semua rakyat Johor, baginda tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak memandang rendah mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment